boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga;
1. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuanya, darjatnya
seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang
yang menangis kerana takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api
Neraka ke atas tubuhnya.
2. Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan
satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat.
3. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke da
lamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
4. Barangsiapa keluar ke pekan Muslimin dan membeli barang-barang
dan kembali ke rumah dengan membawa buah tangan untuk anak-anaknya,
nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat
kelak.
5. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.
Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut
menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan
barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.
6. Aqrak pernah terlihat Nabi s.a.w. mencium cucu baginda Hassan.
Aqrak berkata: "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seoran g
pun yang pernah aku cium". Sabda Nabi s.a.w.; "Orang yang tidak
menyayang tidak pula akan disayang".
7. Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli
keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia
memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah
mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa
menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi
Ismail.
8. Suruhlah anak-anakmu sembahyang ketika umurnya tujuh tahun dan
pukullah dia kerena meninggalkan sembahyang apabila berumur sepuluh
tahun, pisahkan anak-anak perempuan dalam tempat tidur mereka.
9. Seorang lelaki ber tanya; "Ya Rasullullah, kepada siapakah harus
aku berbakti?" Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." Kata
lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi". Sabda Nabi
s.a.w.; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibu bapa berhak
terhadap dirimu dan anakmu pula berhak atas dirimu".
9. Seorang lelaki ber tanya; "Ya Rasullullah, kepada siapakah harus
aku berbakti?" Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." Kata
lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi". Sabda Nabi
s.a.w.; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibu bapa berhak
terhadap dirimu dan anakmu pula berhak atas dirimu".
No comments:
Post a Comment