Tuesday, 30 April 2013

:: Pejuang Islam ::



Kenalkah Anda Siapa IMAM AS-SYAHID HASSAN AL-BANNA ??


Beliau adalah antara ulama' terulung didunia ..
Beliau juga merupakan Penggerak Ikhwanul Muslimin .

Tanggal 12 Februari 1949, syahidnya seorang pendakwah terulung dan reformis Islam, Hassan Ahmad Abdul Rahman Muhammed al-Banna atau dikenali Imam Hassan Al-Banna. Pemergiannya yang dipenuhi dengan konspirasi yang dirancang musuh Islam yang tidak senang dengan gerakan dakwahnya.

Beliau ditembak di hadapan Pejabat Ikhwanul Muslimin bersama adik iparnya, Abdul Karim Mansur. Dua orang yang tidak dikenali menerpa dan menembak beliau dan adik iparnya. Sebanyak tujuh das tembakan terkena Imam Hassan Al-Banna. Beliau dibawa ke hospital dan dikawal rapi oleh Jeneral Muhammad al-Jazzar. 

Tiada sebarang rawatan diberikan kepadanya dan akhirnya Hassan Al-Banna meninggal dunia pada tengah malamnya. Kemudian, jenazahnya dihantar ke rumahnya.

Pihak tentera memberi amaran bahawa tiada yang boleh bersuara, tidak boleh ada takziah dan hanya ahli keluarga sahaja yang menguruskan jenazahnya serta pengebumiannya mesti diselesaikan jam sembilan pagi keesokan harinya. Jenazah Imam Hassan Al-Banna diuruskan oleh bapa yang melewati usia 90-an ketika itu. Jenazah hanya disolatkan oleh bapanya serta ahli keluarganya sahaja. 

LEBIH MENYAYAT HATI , RAJA FAROUK TELAH MENANGGUHKAN HARI JADINYA pada 11 ke 12 FEBRUARI SEMATA2 UNTUK MERAIKAN DENGAN MEREKA YANG MERAIKAN KEMATIAN INSAN TERULUNG INI .

Pada hari Hasan Al Banna ditembak Latifah melahirkan seorang bayi perempuan lalu dinamakan Istisyhad artinya orang yang syahid. Setelah pemergian suaminya Latifah terus mendidik anak-anaknya sehingga menjadi orang yang berjaya.

Anak-anak Hasan Al Banna:

1. Wafa – Berusia 17 tahun ketika ayahnya syahid. Berkahwin dengan Dr. Said Ramadhan.

2. Ahmad Saiful Islam, berusia 14 tahun ketika ayahnya syahid. Beliau seorang peguam dan pernah menjadi Ahli Parliman Mesir.

3. Tsana, berumur 11 tahun ketika ayahnya syahid. Pensyarah di Universiti Kaherah.

4. Roja, berumur 5 tahun ketika ayahnya syahid. Beliau Seorang Doktor.

5. Halah berumur 2 tahun ketika ayahnya syahid. Pensyarah di Universiti Al Azhar.

6. Istisyhad, lahir pada hari ayahnya syahid. Dinamakan Istisyhad bermakna memburu syahid. Beliau Seorang pensyarah.


Sebelum kematiannya, Hassan Al-Banna telah meninggalkan 10 wasiat yang begitu berharga untuk semua jemaah Islam. Sepuluh wasiatnya itu ialah: 

1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.


 2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

 3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.

 4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

 5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

 6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

 7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

 8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

 9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

 10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.



Monday, 29 April 2013

Siapa YAHUDI ??

YAHUDI. ?

YAHUDI ni menggelarkan mereka sebagai " bangsa Allah yang terpilih " dan mereka menambah catatan dlm Taurat dan Talmud dengan menyifatkan bangsa lain lebih HINA DARI ANJING . 

sebenarnya MEREKA lupa kenapa Allah mengutuskan Rasul yang ramai dari kalangan mereka , kerana disebabkan kedegilan dan keangkuhan serta keengganan mereka beriman kepada Allah SWT,
 MEREKA juga lupa bahwa sejarah turut mencatatkan mereka KAUM YANG PALING besar membunuh Ratusan Nabi dan Rasul.

MEREKA mempermainkan Nabi Musa a.s yang telah menyelamatkan mereka dari keganasan Firaun.
Mereka mengejar dan membunuh Nabi Zakaria dengan menggergaji tubuh baginda. Mereka juga pernah hendak membunuh Nabi Isa a.s .

Mereka juga turut menderhaka kepada Nabi Samwil dan Raja Talut, raja yang Soleh.

Allah Berfirman di dalam surah Al-Baqarah : 


Sebenarnya Allah beri keistimewaan kepada keturunan Nabi Ibrahim AS dengan melantik ramai dikalangan zuriatnya sebagai Nabi dan Rasul. Keturunan Nabi Ibrahim terbahagi kepada DUA kelompok yang Besar.

Zuriat daripada anaknya Nabi Ismail membentuk Bangsa Arab.
manakalah Nabi Ishaq melahirkan Bangsa Yahudi.
Mereka dikenali sebagai Bani Isra'il sempena nama lain bagi Ishaq.
Nabi Ishaq mempunyai seorang anak bernama Yaaqub(nabi).
Nabi Yaaqub mempunyai 12 orang anak Termasuk nabi Yusuf,
12 orang anak Nabi Yaaqub ni melahirkan 12puak dikalangan Bani Isra'il.
Memang majoriti pengutusan nabi dan Rasul dari bangsa ni.

Kebanyakan mereka diutuskan di Palestin dan negeri2 berhampiran dengannya. Baitul Maqdis menjadi markaz ramai nabi dan Rasul. justeru 

BANGSA YAHUDI BANGGA DENGAN TINTA SEJARAH INI

Sumber : Gaza Menangis 

Sunday, 28 April 2013

Bersyukurkah Aku ?? :: Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? ::



Assalamu'alaikum ..
Nak Share makna surah Ar-Rahman ayat 1-78..
** Suka sangat dengan surah ni **

Surah ini dimulakan dengan Ar-Rahmaan. Salah satu daripada nama-nama Allah yang utama. Sifat Ar-Rahmaan menunjukkan kasih sayang Allah kepada seluruh hambanya. Kasih sayang itu dapat dirasai oleh keseluruhan makhluk sama ada manusia, jin, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan juga segala-galanya yang bernama makhluk.



[1]
(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya. 
[2]
Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran. 
[3]
Dia lah yang telah menciptakan manusia; - 
[4]
Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan. 
[5]
Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu; 
[6]
Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya. 
[7]
Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan, 
[8]
Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan; 
[9]
Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang. 
[10]
Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain: 
[11]
Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang; 
[12]
Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum; 
[13]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? 
[14]
Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar, 
[15]
Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang; 
[16]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[17]
(Dia lah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur, dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat. 
[18]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[19]
Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu; 
[20]
Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya; 
[21]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[22]
Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan; 
[23]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[24]
Dan Dia lah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang; 
[25]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[26]
Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa: 
[27]
Dan akan kekalah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan: 
[28]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[29]
Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)!
[30]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan)? 
[31]
Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin! 
[32]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[33]
Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!
[34]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[35]
Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu);
[36]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[37]
Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak; 
[38]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[39]
Pada masa itu tiada sesiapapun, sama ada manusia atau jin, yang akan ditanya tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya);
[40]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[41]
Orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya (serta diseret ke neraka);
[42]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[43]
(Lalu dikatakan kepada mereka): "Inilah neraka Jahannam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya ". 
[44]
Mereka (terus diseksa) berulang-ulang di antara api neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya! 
[45]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[46]
Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga, - 
[47]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[48]
(Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan; - 
[49]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[50]
Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang mengalir; - 
[51]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan. 
[52]
Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa). 
[53]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[54]
Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya - dari sutera tebal yang bersulam; dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik.
[55]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[56]
Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;
[57]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[58]
Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan. 
[59]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[60]
Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik juga? 
[61]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[62]
Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua); 
[63]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[64]
Kedua-duanya menghijau subur tanamannya; 
[65]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[66]
Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang terus menerus memancutkan airnya: 
[67]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[68]
Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima, 
[69]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[70]
Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya; 
[71]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[72]
Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing; 
[73]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[74]
(Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin; 
[75]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[76]
Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.
[77]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[78]
Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.



**Moga kita semua menjadi hambaNYA yang BERSYUKUR . :) Aamiin..**

Fikir .. Fikir .. dan Terus berFikir ..


Assalamu'alaikum ..
Sihat SEMUA??

Moga Sihat untuk terus Beribadah kepadaNYA ..
pada yang sakit, agar diri lebih dekat denganNYA .. 

Kenapa Kita dikatakan Sesempurna Ciptaan ??
Sebab Allah bagi kita sesuatu yang tidak ada pada makhlukNYA yang lain ..
Apa ye ??
Apa lagi kalau bukan " AKAL "

Allah kurniakan kita Akal supaya kita menggunakannya ..
Bukan untuk Disimpan Hingga kita tidak mampu bernafas lagi...

Kita selalu terfikir " bila kita akan mati ?"
seeloknya kita berfikir " bagaimana keadaan kita tika malaikat Izrail datang untuk mengambil nyawa kita?"

Dalam keadaan :-
- Gelak Ketawa leka dengan Duniawi ?
- Khusyu' mengadap Ilahi ?
- Bermaksiat ?
- Seronok melakukan dosa?
- dll..

Sahabat Sahabiah ..
bagi yang belum berubah ..
kita masih sempat berubah sebelum ajal menjemput..

Kita tak tahu ajal kita bila..
Kita tak tahu Kiamat itu bila..

kenapa Allah Sembunyikan tarikh2 tersebut ??
Sebab Allah nak kita sentiasa berwaspada pada tarikh2 tersebut ..
Supaya kita sentiasa Khusyu' dalam mengejar redha-Nya..

** Moga kita semua sentiasa dibawah Redha dan Rahmat Ilahi ,
aamiin ... 

BERSEDIAKAH KITA ???




FIKIRKAN BERSAMA ...
** Jom Muhasabah diri **





Saturday, 27 April 2013

Faham dan Memahami .. *


Hidup ini kita lebih senang untuk MEMAHAMI dari DIFAHAMI ..
tapi .. kita JANGAN terlalu berharap bahwa kita akan DIFAHAMI .. 
ingatlah .. Bahawa Allah yang Maha Mengetahui Segala ... 
Dan Hanya DIA lah yang memahami kita ..
sesame INSAN walaupun kadang2 sesuatu jadi tu kita cukup FAHAM..
kadang2 boleh jadi SALAH FAHAM ..

jadi .. jika sesuatu masalah yang terjadi ..
mengadulah , menangislah di hadapan DIA..
sesungguhnya.. hanya DIA lah tempat kita mengadu ..

tapi..
Jangan masa sedih je kita cari DIA..
masa senang kita lupakan DIA ...
Jangan masa susah kita cari DIA..
masa gembira kita lupakan DIA...

SEBAB .. DIA TAK PERNAH LUPAKAN KITA..

Siapa DIA ??

DIA LAH ... ALLAH SWT .. :)
# Tak susah nak jadi hambaNYA yg bersyukur bukan ?? kerana DIA telah bagi kita segalanya... macam mana kita lalai dalam menunaikan perintahNYA ..
macam mana kita leka kadang2 hingga lupa padaNYA..

DIA
sedikit pun tidak pernah menarik SEDIKIT pun ni'mat yg diberikan kepada hamba2NYA..
Allahu Robbi .. :')

Ampunilah segala dosa2 hambaMU yang hina ini ..
Allahumma aamiin .. 



~:: Kecantikan Lelaki ::~

Assalamu'alaikum .. uiiihhh .. dah 5tahun x update blog (dalam erti kata tipulah). haha ..
hari ni nak share kongsi pasal kecantikan lelaki .. selalu lelaki dikaitkan dengan gagah je kan ? ti Terbalikkan pulakk .. :) 


KECANTIKAN LELAKI


Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik, adalah:-


1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan.

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.

5) Lelaki yang baik sangka.

6) Lelaki yang tak pernah putus asa.



Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

# Contohilah Nabi Muhammad SAW ...

Friday, 19 April 2013

Sepuluh macam daripada kekejaman

 ialah:

1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri,dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.

2. Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.

3. Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.

4. Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.

5. Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.

6. Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.

7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.

8. Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.

9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.

10. Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar

Wednesday, 17 April 2013

Tujuh Sunnah Rasulullah SAW





"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup. 

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan. 

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah: 

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. 

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. 

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah. 

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. 

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. 

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah". 

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. 

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Sesungguhnya Aku Mahu Berubah ..


YA ALLAH..
SYUKUR DI ATAS NIKMAT PANCAINDERA-MU..
DENGAN PENGLIHATAN…
AKU DAPAT MELIHAT SEGALA KEKUASAAN-MU…
MENGAGUMI SEGALA KEBESARAN-MU…

NAMUN..
DENGANNYA JUALAH…
AKU MELAKUKAN KEMUNGKARAN PADA-MU..
MENJERUMUSKAN DIRIKU KE LEMBAH DOSA..
MELIHAT PADA YANG TAK SEPATUTNYA...
MEMBUATKAN DIRI INI ALPA SAAT HIDAYAH-MU TIBA..

SEKETIKA KU TERSEDAR…
MUNGKIN BELUM TERLAMBAT…
UNTUKKU PAHATKAN DALAM DIRI…
BAHAWA… AKU MAHU BERUBAH…!!!

YA ALLAH…
JIKA DULU AKU ANGKUH DI BUMI-MU…
ALHAMDULILLAH…
HIDAYAH-MU MEMATAHKAN KEANGKUHANKU..
MEMBANGUNKAN SIFAT MALU…
YANG SELAMA INI TERSOROK DALAM DIRI..

KU TUNDUKKAN PANDANGANKU…
YANG SELAMA INI MELIAR...
KU TIMBULKAN KEKELIRUAN..
PADA TEMAN-TEMAN..
KU TEMPIS SEGALA TEGURAN SINIS..
KU TEKADKAN DALAM KALBUKU...
BAHAWA… AKU MAHU BERUBAH…!!!
YA ALLAH…
JIKA DULU AKU LALAI DALAM
MENUNAIKAN HAK-MU...
TERLEKA DENGAN DUNIAWI…
TERKADANG KU ABAIKAN UKHRAWI…

SUBHANALLAH…
SESUNGGUHNYA KEKUASAAN-MU YANG PALING AGUNG...
KAU SEDARKANKU DI SAAT AKU HANYUT… MASIH TAK TERLAMBAT…
UNTUK SUATU PERUBAHAN…

KU AKUR PADA KEKUASAAN-MU…
LANTAS…
KU LAUNGKAN DALAM HATIKU…
AKU MAHU BERUBAH…!!!

YA ALLAH…
KU POHON HIDAYAH-MU…
DUHAI AYAHANDA & BONDA, SAHABAT-SAHABAT SERTA TEMAN-TEMAN…
BANTULAH DAKU… BIMBINGLAH DAKU…
DALAM MENCARI… CINTA YANG PALING AGUNG..
CINTA YANG ESA…
SESUNGGUHNYA…
AKU MAHU BERUBAH…!!!


Kacaknya NABI MUHAMMAD SAW Tiada Tandingan :)

Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan orang ulama Yahudi yang   pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.
Di antara kata-kata para sahabat ialah :
 

- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah.
- Aku melihat cahaya dari lidahnya..
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona..
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa   marah.
- Mata baginda hitam,dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali   pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca Warna   lehernya putih seperti perak sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah   bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur   dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya   lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar   dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut..
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. Kakinya berisi tapak kakinya   terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan   putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran   sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi,semasa berada di kalangan org ramai   baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :

Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh   sepanjang zaman.

Monday, 15 April 2013

Peringatan Buat Kaum Hawa ..

 Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat
> Renungan khususnya untuk para wanita dan diri sendiri.....

 Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah
 menangis manakala ia datang bersama Fatimah . Lalu keduanya bertanya
 mengapa Rasul menangis.

Beliau menjawab, 'Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat
perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah
sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat
berat dan mengerikan siksanya.
 
Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat
ayahandanya. 'Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya
mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke
belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
 
Aku lihat perempuan tergantang kedua kakinya dengan terikat
tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.
 
Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di
bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka
hitam, memakan tali perutnya sendiri.
 
Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta,
dimasukkan ke
dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari
lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.
 
Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu
kesengsaraan
dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing,
sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara
malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,' kata Nabi.
 
Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa
seperti itu?
 
*Rasulullah menjawab, 'Wahai putriku, adapun mereka yang
tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak
menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.
 
*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori'
tempat tidurnya.
 
*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang
tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan
perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.
 
*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias
 untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.
 
*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api
neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang lain bersolek dan
 berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.
 
 *Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas
 ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia boleh
solat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.
 
 *Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti
himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing
ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami.'
 
 Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut> menangis. Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.

Sunday, 14 April 2013

LUASNYA NERAKA .. dan .. BETAPA SAYANGNYA RASULULLAH SAW terhadap umat2nya ..

Assala Mu'alaikum Sahabat semua...bacalah. ... 

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.
Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN. .... 

...: Luasnya Neraka :.
 

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, 

maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?" 
Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa
aman dari padanya."

Lalu nabi s.a.w.... bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. 

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah
bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s..a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" 

Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di
bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?" 

Jawab Jibrail:
"Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. 

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.."

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a...w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan 

sesudah sadar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" 
Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang
selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor 

ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta
 
mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 

70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat


Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua' lam.


Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh seka lia n makhluk.


Dari Abdullah bin 'Amr R.A,


Rasulullah S.A.W bersabda:" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..