Sunday, 19 May 2013

Hajat Anak - Kisah Pengajaran

Malam itu saya benar-benar sibuk. Selepas solat Isyak
dan menikmati hidangan, saya terus ke meja tulis, mahu
menyiapkan kertas kerja yang akan saya bentangkan pada
mesyuarat tiga hari akan datang.

Baru nak mula, anak tunggal saya Serena 6, tiba-tiba
datang
menghampiri. Dan membawa sebuah buku. Saya kerling
nampak dia tersengih-sengih manja. Begitulah dia,
kalau ada sesuatu yang dimahukannya, dia akan bersikap
terlalu manja.

"Papa? bacakan buku cerita ni. Bagus tau! cerita
pari-pari, Ina nak
dengar," kata Serena menghulurkan buku bergambar itu
pada saya. "Buku baru ya?" saya bertanya berbasa basi
tanpa menoleh, sekadar melayan. Serena mengangguk
lantas memberitahu buku itu dibelinya pagi tadi.

"Papa sibuk, lain kali boleh tak?" saya memujuk.
Serena memuncung, memperjelaskan rasa kecewanya, tapi
saya benar-benar sibuk. "Bolehlah Papa?..sekejap saja.
Ceritanya sedap?." Rengek Serena enggan mengalah. "Kan
papa kata sibuk! Suruh mama baca?.." "Mama basuh
pinggan. Alaaa?
bacalah, papa!" Serena merengek sambil
menghentak-hentak kakinya ke lantai. Nyata dia tidak
mahu mengalah.

"BUDAK INI?..!!!" Tak reti bahasa ke. Pergi sana!!!!"
saya jerkah
permata hati saya itu. Serena panik. Dia terperanjat
sungguh kerana tidak menyangka saya bertindak sejauh
itu. Nampak jelas matanya sedikit berkaca, lalu dia
beredar sayu.

Dalam nada sebak, dengan muka yang sebek, Serena
beredar sambil menoleh ke arah saya. Dalam suara
tersekat-sekat dia bersuara, "Nanti papa bacakan
kuat-kuat cerita ini kat Ina, ya papa!"

Saya hanya memandang tajam ke arahnya. Sebaik tiba di
pintu bilik dia menjeling saya, kali ini saya
mengangguk. Masa terus berlalu,seminggu,dua minggu
namun kesibukan saya semakin bertambah. Setiap kali
pulang,Serena tidak merengek minta dibaca cerita
pari-pari itu, namun tangannya tak lepas memegang buku
itu. Mungkin juga dia faham saya terlalu sibuk.

Pada minggu berikutnya sedang saya, isteri dan Serena
menikmati
sarapan bersama, saya perhatikan buku itu masih
dipegangnya.

"Mama dah baca, seronok papa," kata Serena. Saya
mengangguk sambil tersenyum. "Bila papa nak bacakan?"
tiba-tiba Serena bertanya. "Mama dah bacakan, okeylah
tu!" Nampak wajahnya terkuncam. Saya terus
menyuap makanan. "Mama baca perlahan. Nanti papa
bacakan kuat-kuat ya!katanya.Saya mengangguk.

Selesai makan saya mencapai akhbar. Lembar demi lembar
saya tatapi.Tidak terfikir untuk menunaikan impian
Serena. Tiba-tiba terdengar bunyi suatu dentuman yang
cukup kuat di luar. Konsentrasi saya
cuma terganggu seketika, sebelum kembali memusatkan
perhatian ke dada akhbar.

Tiba-tiba pintu pagar rumah digegar, saya segera
menjenguk.
Jiran-jiran mengatakan Serena dilanggar kereta. Saya
panik, sempat berfikir, bila pulak dia keluar? Tadi ada
kat dapur. Saya memekik memanggil isteri sebelum meluru
ke lokasi kemalangan. Sungguh kabar itu benar,
Serena terkulai di ribaan seorang jiran yang sedang
memberi bantuan. Saya terus pangku anak saya, masuk ke
kereta jiran yang sedia memecut kehospital.

Darah membasahi pakaian Serena. Nafasnya sesak. Isteri
meraung sekuathatinya. "Ina?! Ina?..! Inaaaaaaa!!!"
saya memanggil-manggil perlahan namanya dipangkal
telinga Serena yang berada dalam pangkuan. Tatkala
itu nafasnya tersekat-sekat. "Papa? mama..Ina takut.
Ina sayang papa, Ina
sayang mama, Ina tak nak mati!" bersuara Serena antara
dengar dan tidak sambil membuka matanya yang dipenuhi
darah, saya kesat darah itu dengan tisu. Namun sekadar
cuma. Darah kembali memenuhi wajahnya.
Tangisan kuat isteri saya membuatkan jiran yang memandu
terus memecut. Di hospital,Serena di tempatkan di
bilik ICU ekoran keparahan kecederaannya.

Masuk hari kedua, keadaan Serena tak berubah. Dia
masih tidak sedarkandiri dan terpaksa bernafas
menggunakan respirator.
Itulah saatnya saya merasa cukup bersalah. Lalu petang
itu, saya
bacakan cerita pari-pari dalam suara yang kuat tetapi
tersekat-sekat di sisi katil Serena. Semakin kuat saya
membaca, semakin merumbai air mata.Kekesalan berlabuh,
tapi segalanya telah musnah. Mungkin Serena tidak dapat
mendengar jalan cerita yang sangat diminatinya itu.
Keesokan harinya, saya bacakan sekali lagi, masih dalam
nada suara yang kuat.Kemudian setiap hari saya bacakan
cerita itu ditelinga Serena,sementara isteri saya tak
henti-henti menangis. Dia mungkin terlalu marah
dan kesal dengan tindakan saya terhadap Serena sejak
seminggu yang lalu
Masuk hari ketujuh, sebaik saya mula membaca, Serena
tiba-tiba
membuka matanya perlahan-lahan. Saya nampak terlalu
sukar untuk dia melakukan.Bacaan saya terhenti, Air
mata merembes dan saya usap-usap kepalanya.Beberapa
ketika kemudian, Serena memejamkan semula matanya,
pejam untuk
selama-lamanya. Saya seperti terdengar suara Serena
mengucapkan terimakasih kerana membacakan cerita itu
padanya.

"Papa?? nanti bacakan cerita ini kuat-kuat pada Ina
ya?" kata-kata
Serena masih terngiang-ngiang di telinga saya sehingga
ke hari ini, Walau setahun berlalu. hingga kini saya
tertanya-tanya, apakah sedikit perhatian yang
diperlukan oleh seorang anak terlalu mahal untuk
diberikan oleh seorang lelaki yang bergelar ayah? Saya
tidak dapat menjawap, selain air mata yang tumpah. 

No comments:

Post a Comment