Saturday, 18 October 2014

Kelahiran Seorang Insan Serba Kekurangan.

19 Oktober 1994 .
15 JamadilAwwal 1415H .
Rabu.

Seorang ibu bertarung nyawa melahirkan seorang lagi Hamba Allah, Umat Nabi Muhammad SAW....

19 Oktober 2014 .
25 Zulhijjah 1435H .
Ahad.

Genap 7305 hari bernafas dibumiNya.

Genap umur Hamba Allah ni 20 Tahun.
Hamba Allah yang serba kekurangan ni diberi peluang, masih diberi ni'mat bernafas sehingga ke harini..
الحمدلله... 

Ya Robb,
Terima Kasih atas segala ni'mat yang dikurniakan.
Setiap degupan jantung,
Setiap Nafas,
Setiap pergerakan,
Setiap ketenangan,
Setiap kemudahan dalam kesulitan,
Setiap kegembiraan dalam kesedihan,
Dan segalanya dengan bantuanMu.
I'm Nothing without Allah .

Ibu,
Terima Kasih jaga Hamba Allah ni 9 bulan 10 hari dalam rahimmu dengan baik,
Terima Kasih susah payah bangun malam jaga Hamba Allah ni,
Terima Kasih atas setiap titik susu yang ibu berikan,
Terima kasih tanpa jemu melayan kerenah,
Terima Kasih atas setiap didikan,
Terima kasih atas setiap kata semangat,
Terima Kasih atas setiap nasihat,
Terima kasih atas setiap tenaga yang ibu habiskan demi Hamba Allah ini,
Terima kasih tak terhingga buat semuanya,
Jasa seorang ibu tak mampu untuk si anak balas walau sebesar zarah,
Moga Jannah Allah tempat pengakhiranmu ya ummi...
Jazakillahu khairon kathiro.

Ayah,
Terima Kasih atas setiap jagaan,
Terima Kasih atas setiap perlindungan,
Terima Kasih atas setiap penat lelah mencari nafkah,
Terima Kasih atas setiap nasihat,
Terima Kasih atas setiap kata semangat,
Terima Kasih atas setiap didikan,
Terima kasih atas setiap bimbingan,
Terima kasih untuk segalanya,
Jasa seorang ayah tak mampu untuk si anak balas walau sebesar zarah,
Moga Jannah Allah tempat pengakhiranmu ya abi...
JazakaAllahu khairon kathiro.

Maaf..
Atas setiap titisan airmata kalian disebabkan diri ini.
Maaf,
Atas setiap hati yang terluka kerana lidah diri ini.
Maaf,
Atas setiap hati yg terguris kerana mulut diri ini.
Maaf,
Atas setiap kesedihan dihati kalian kerana diri ini.
Maaf,
Atas setiap kesakitan yang ditanggung kalian kerana diri ini.
Maaf, maaf, maaf.
Tak dapat jadi anak yang terbaik,
Tapi Hamba Allah ini akan cuba sedaya mungkin jadi yang terbaik buat kalian.
Tak dapat membahagiakan kalian,
Tapi Hamba Allah ini akan cuba sedaya upaya untuk membuat kalian bahagia dunia hingga akhirat..
InsyaAllah.

Jazakumullahu khairon kathiro. 💕
" Ya Allah, Peliharalah dan kasihanilah kedua ibu bapaku seperti mana mereka memeliharaku dan mengasihaniku dari kecil hingga dewasa. " آ مين..

الفقير الى الله ✏
- نور شاعرة أنوار -

Moga kita semua dapat berkumpul di JannahNya nanti.. InsyaAllah.. Aaamiin.. Ibu, Ayah, Along, Angah, Alang, Abang, Abangchik n 'Affan.
Opah, maksu, ayhnda, ayahchik, pkcik mkcik smua, sahabat² ..
Ana uhibbukum fillah..

Moga kita Semua dapat berkumpul di JannahNYA nanti.. Aaamiin..

Uhibbukum Fillah















Sunday, 31 August 2014

Bersin VS Menguap dalam Islam .




Bersin VS Menguap



Daripada Abu Hurairah r. a. bahawasanya Baginda Rasulullah saw bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Allah swt suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah' , maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallah! '.
 
Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya. (Hadith Riwayat Bukhari)
 
Daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: “Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka.” Riwayat Imam Muslim
 
Nabi Muhammad saw bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu meguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu.” Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi
 
Daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah swt membenci sesiapa yang mengangkat suara ketika menguap dan bersin.” Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi
 
Pengajaran daripada maksud hadith, antara adab-adab menguap dan bersin:
 
1. Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat.
 
2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat.
 
3. Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap atau bersin.
 
4. Sunat ketika bersin mengucapkan
“Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya pula mengucapkan “Yarhamukallah” .
 
5. Sunat mengucapkan “Astaghfirullah” selepas menguap.
 
Sekian, wallahu a’lam


Hargailah Isteri Anda ..



" Allahumma Zawwijni Zaujan Solihan " 


Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka.....

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.
Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis
nyawanya.
     
Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. 

Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

     
Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran siksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.


Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.

Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.


Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan
diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.
     
Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor form his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.
       
"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ...
ampunkan dosa2 kami, kedua  ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia"......


Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah. 

Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di  sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah  'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"

Marilah kita ucapkan kalimah ini: 
"Laa ilaaha illallah!" x 10 .

Saturday, 30 August 2014

Kisah Sebuah Perkenalan .

Assalamu'alaikum ...
Lama dah tak menulis kat blog ni ..
Almaklumlah .. laptop maksu ICU >_< ni baru keluar .. 

Harini tergerak hati nak share kisah persahabatan Cyber .. :)
Sape kata berkawan di alam maya walaupun tak pernah jumpa tak boleh kekal ?
insyaAllah selagi kita bersahabat kerana Allah ...
Allah akan peliharan ukhuwah ni ... 

Bersahabatlah bukan kerana rupa,
Bersahabatlah bukan kerana harta,
Bersahabatlah bukan kerana kelebihannya.

" Kalau engkau bersahabat kerana kelebihannya, satu hari engkau akan tinggalkan dia kerana kekurangannya. Tetapi andai engkau menerima kekurangannya, engkau akan hargai kelebihan yang ada pada dia. " - CahayaPenyair


:: Kronologi Persahabatan ::

Perkenalan persahabatan ini bermula di funcave.com
Tahun 2006 ...
Bermula titik perkenalan persahabatan. :)
Tahun 2008 ..
sahabat dua orang ni lost contact dalam setahun lebih kurang ..
Tahun 2009 ..
Allah 'bagi' balik sahabat ni ..
Tahun 2011 ..
Allah turunkan ujian hati buat mereka ..
Tahun 2012 ...
Lagi sekali Allah uji persahabatan ni dengan perpisahan ..
Tahun 2013 ..
Allah temukan balik mereka di facebook.com
Tahun 2014 ..
Hari bersejarah 08.08.2014 buat pertama kali setelah 8 tahun bersahabat, mereka bersua muka . 
Peringat, Kelantan.


Untukmu yang digelar sahabat ..
Penulisan ini bukan luahan rasa ..
Bukan luahan hati ...
Tapi tanda menghargai .. 
Tak mengharap lebih ..
Hanya meminta padaNYA agar ukhuwah ini berpanjangan hingga kita bertemu kembali di JannahNYA ..
Datanglah walaupun beribu ujian moga kita tabah kukuhkan persahabatan yang dah terbina .


" Ujian yang mendatang dalam persahabatan bukan untuk membentuk permusuhan, tetapi proses untuk menguatkan lagi ikatan persahabatan " - CahayaPenyair


Pergaduhan bukan kerana tak memahami tetapi dalam proses cuba untuk memahami.
Berbeza pendapat bukan tak persefahaman tetapi berkongsi pendapat masing-masing.


JAZAKALLAH KHAIR kerana jadi PENDENGAR SETIA ,
JAZAKALLAH KHAIR kerana jadi PENGUAT SEMANGAT,
JAZAKALLAH KHAIR kerana sentiasa ADA,
JAZAKALLAH KHAIR kerana TERIMA segala kekurangan diri,
JAZAKALLAH KHAIR kerana sentiasa menjadi PENYOKONG.
JAZAKALLAH KHAIR untuk SEMUANYA ..

JazakAllahu Khairon Kathiro ya zamili ...

Sahabat...
kau sesungguhnya
Temanku...
dikala suka dan lara

Tika ku buntu
diselubungi sendu
Kau tiupkan ketabahan untuk ku
ukir senyuman

Bagaikan embun
hilang diterbit fajar
Kau pergi jauh mengejar cita 
Menggapai redha Yang Esa

Duhai sahabat dengarkanlah
Bicara hatiku ini
Meskipun jarak memisahkan 
Namun tiada noktah kasih

Biarlah waktu menetukan
nilai ukhwah yang terjalin
Teruskanlah perjuangan hingga
Ke titisan darah terakhir

Dan aku masih di sini
terus mendaki
puncak tertinggi hidupku

Dan aku terus menanti
saat yang manis
akan berulang kembali

Sahabat...









Friday, 10 January 2014

Dia Tak Tahu Cuci Pakaian KOT .

ASSALAMU'ALAIKUM..
RENUNGAN BERSAMA

1 pasangan muda yang baru berkahwin tinggal di sebuah kawasan peru mahan. Suatu pagi, sewaktu sarapan, si isteri melalui jendela kaca, ia melihat jirannya sedang menjemur pakaian... "Cuciannya kurang bersih ya bang," kata si isteri. "Dia ni tentu tak tahu cara mencuci pakaian. Mungkin dia perlu sabun yang lebih elok."

Suaminya menoleh, tetapi hanya diam dan tidak memberi komen apa-apa. Sejak hari itu setiap kali jirannya menjemur pakaian, selalu saja si isteri memberikan komen yang sama tentang kurang bersihnya jiran mencuci pakaian.

Seminggu berlalu, si isteri hairan melihat pakaian-pakaian yang dijemur jirannya kelihatan betul-betul bersih, dan dia maklumkan kepada suaminya, "abang tengok jiran kita ni dah basuh bersih pakaiannya, tak macam sebelum ni, siapa agaknya yang ajar dia cara yang betul untuk membasuh pakaian?"

Sang suami berkata, "Saya bangun pagi hari ini dan membersihkan jendela kaca kita." Isterinya terkesima.

Dan begitulah kehidupan. Apa yang kita lihat pada saat menilai orang lain bergantung kepada kejernihan fikiran (jendela), pabila kita memandangnya, jika HATI kita bersih, maka bersih pula FIKIRAN kita. Jika FIKIRAN kita bersih, maka bersih pula PERKATAAN kita. Jika PERKATAAN kita bersih (baik), maka bersih (baik) pula PERBUATAN kita.

Hati, fikiran, perkataan dan perbuatan kita mencerminkan hidup kita. Jika ingin hidup kita berkembang, maju, dan berjaya (bersih/baik), maka kita harus menjaga hati, fikiran, perkataan dan perbuatan kita agar tetap baik. Kerana itulah segalanya.

HATI menentukan FIKIRAN.
FIKIRAN menentukan
PERKATAAN & PERBUATAN.

2 hal paling baik di atas kebaikan :
■ Sangka baik kepada Allah
■ Sangka baik kepada Hamba Allah

SALAM JUMAAT,
perbanyakkan selawat
ke atas Junjungan Mulia
Nabi Muhammad S.A.W

Sumber : DR.MOHD IZHAR ARIFF