Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang
duduk bersama para sahabat. Kemudian datang pemuda Arab masuk kedalam masjid
dengan menangis. Apabila Rasulullah S.A.W melihat pemuda itu menangis, maka
baginda pun berkata, "Wahai orang muda, kenapa kamu menangis?"
Maka
berkata orang muda itu,
"Ya
Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan
tidak ada orang yang hendak memandikannya."
Lalu
Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu
untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan
Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam.
Maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya
Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan
yang hitam."
Kemudian
Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi kerumah orang muda itu dan baginda
pun berdoa kepada Allah S.W.T. Kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk
manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat
tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu
berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam. Maka Rasulullah S.A.W pun
bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan
oleh ayahmu sewaktu dia didunia dulu?"
Berkata
orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat."
Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah
keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Dihari kiamat nanti akan
dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."
Di
zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka
menyembahyanginya, tiba2 kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain
kafan itu, mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut
serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular
itu.
Apabila
mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut,
"Laa
ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh
aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan
kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu
para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat
ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di
antaranya;
1. Apabila dia mendengar
azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang
2. Dia tidak mahu
keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu
mendengar nasihat para ulama. Maka inilah balasannya".
No comments:
Post a Comment